Khamis, 5 Jun 2014

Kembara 4 provinsi bahagian akhir.

SEJAMBAK BUDI SUKAR DITUKAR GANTI 09 Mac 2014 bumi Kerinci ku tatap sepuas-puasnya. Wajah ibu Nursyatimah, anak-anak serta cucu-cucunya yang berkunjung sejak petang tadi sayu wajahnya seakan tidak merelakan kami pergi. Danau Kerinci juga tidak berkocak airnya. Kota Sungai Penuh yang ku kunjungi pada sebelah pagi buat kali terakhir begitu redup sekali dan sesekali titik-titik gerimis berjatuhan ke tubuhku seakan meratapi pemergianku. Bilakah dapat ku tatapi lagi bumi ini buat kali yang seterusnya, entahlah. Sebagai pengembara walaupun kenangan sesuatu tempat itu begitu kuat menguasai memori pemikiran, aku perlu ada kekuatan untuk melawannya. Aku harus mengembara dan terus mengembara samada pengembaraan ini berupa mencari diri atau meluaskan pengalaman hidup sehingga aku sampai ke titik noktahnya. Pengembaraan ke 4 provinsi di Indonesia ini merupakan pengembaraan yang terpanjang dan padat dengan simpanan memori yang akan disimpan sebagai kenang-kenangan. Pengembaraan ke Indonesia juga menambahkan lagi kematangan aku berfikir dan bermuhasabah diri betapa besarnya kurniaan Allah s.w.t kepada hamba-hambanya. Dalam satu rumpun bangsa mereka ini diagih-agihkan darjat dan kedudukannya. Yang kaya menghulur kepada yang tidak berkemampuan manakala yang miskin pula berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan itu. Pengembaraan ini juga banyak mengajar aku tentang kehidupan, menginsafi diri betapa hidup ini kita perlu bersyukur dan berterima kasih dengan sebanyak-banyaknya kepada sang pencipta. Banyak jurang perbezaan yang dapat dibandingkan antara dua negara dan bangsa serumpun. Di Malaysia saya lihat rakyatnya memiliki apa yang mereka mahu hasil dari limpahan kemakmuran dan keamanan negaranya, dan Indonesia pula kerana ramainya rakyat, banyaknya pulau dan provinsi, maka agihan kekayaan tidak dapat diagih secara rata dan rakyat terpaksa berjuang dan berusaha semahunya untuk terus hidup. Yang berjaya terus kedepan yang gagal dan berpeluk tubuh menjadi gelandangan. Mungkin ada yang merasa kecewa dan merasakan penulisan saya ini tidak adil, tetapi saya tidak boleh berbohong dan menyembunyikan kenyaaan. Berani saya katakan bahawa dalam konteks bangsa dan negara serumpun, Malaysia memang lebih terkedepan dari jiran serumpunnya Indonesia. Contoh yang paling nyata dan tidak boleh disembunyikan dengan berbondongnya rakyat Indonesia datang secara mengikut lunas undang-undang atau tidak ke Malaysia dan sehingga kini mencecah 3 juta orang.

          Bot yang kami naiki untuk kembali ke                                           Karimun dari Jambi
                        


  Jam 0730 malam setelah bersalam salaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga ibu Nufrsyatimah, kami meninggalkan keluarga besar itu dengan sebuah van travel yang diberi nama famili Kerinci menuju ke Jambi dan tiba ke ibu kota yang masih lengang lagi pagi itu jam 6 pagi. Di hentian loked Jambi, kami menaiki sebuah lagi kenderaan henti-henti untuk ke Kuala Tungkal yang memakan  
                                                                                                                  Azmi & Arul

masa 3 jam untuk tiba. Di Kuala Tungkal kami dimaklumkan tiada feri ke Tanjung Batu pada hari itu. Makluman tersebut membuatkan saya berfikir wajarkah kami bermalam di sini untuk mendapatkan feri pada hari esok. Cutiku akan berakhir pada 11 Mac dan pada 12 hb, aku harus berada di pejabat. Kemampuan dan ketegasan Yanti dalam usaha mendapatkan pengangkutan air untuk sampai ke Tanjung Batu amat saya kagumi. Sementara menunggu Yanti mengusahakan urusan tersebut, saya dan Azmi mencari makanan untuk bersarapan. Perut sudah berkeroncong. Puas juga meronda dan mencari kedai makan di sekitar kawasan berdekatan jeti tapi hampa, tidak banyak kedai makan atau warung kelihatan. Sebuah kedai makan yang terpaksa juga ku singahi agak kusam dan uzur wajahnya. Makanan mee rebus yang berupa mee segera yang dituang air panas tanpa rencah serta secawan kopi serbuk tidak bertapis terpaksa juga ku telan dek sudah kelaparan. Itu saja yang ada. Aku tidak boleh bermanja-manja tentang makan seperti di Malaysia.
     Penulis sedang menghilir sungai Pelangiran
                          
 Lega bila Yanti mengatakan ada pengangkutan air untuk ke Tanjung Batu pada hari itu. Jam 11 pagi kami dibawa ke sebuah jeti yang uzur tetapi terlalu padat dengan manusia. Aku terpaksa berjalan dengan berhati-hati di jeti yang berlubang dan reput lantainya menuju ke bot yang sedia membawa kami ke distinasi. Skruktur binaan bot tersebut yang akan membawa 15 orang itu agak mantap tetapi agak berderau darahku bila dimaklumkan tiada pelampung keselamatan (life Jacket) disediakan. Mahu saja saya membatalkan pergerakan balek      
                                                                                        Sungai Pelangiran yang coklat pekat airnya
                                                      
 Gerai makan di tebing sungai Pelangiran                                                

                                                  Pelabuhan Sungai Burung, Riau
                                                
kalau dengan keadaan keselamatan tidak terjamin. Bermacam-macam persoalan bermain di pemikiranku. Kalaulah bot dinaiki ini karam dilambung ombak di tengah laut, pasti mati katak kami. Azmi berkata kepada ku " kalau mahu merasa denyut nadi rakyat beginilah pak". ya benar, tapi jangan pertaruhkan nyawa demi kelangsungan hidup. Saya cuba memujuk hati dan diri. Nampaknya pergerakan ku ke Tanjung Batu terpaksa diteruskan juga. Wajah ibu, isteri dan anak cucu ku bayangkan sepuasnya di memori pemikiran. Tiada pilihan, untuk menangguh pergerakkan pada keesokan harinya tak  mungkin. Tepat jam 12 tengahari, bot yang kami naiki meluncur laju membelah laut selat Melaka meninggalkan jeti rakyat Kuala Tungkal. Satu lagi keputusan silap yang saya buat semasa berada di atas bot yang saya naiki, Ajakan Azmi untuk duduk dibumbung bot bagi mendapatkan pemandangan lebih luas disambut tanpa berfikir panjang. Selain panas cahaya matahari, saya boleh tercampak ke laut jika bot dihempas ombak dengan kuat. Begitu juga jika bot membuat pusingan U dengan laju kerana berada di bumbung bot tersebut, saya tiada tempat berpegang.

                   Gementar saya ketika itu sehinggalah saya dapat menenang diri dalam tempoh masa 45 minit. Bot yang meluncur laju semakin menghampiri daratan di Kuala Inok di Kabupaten Inderagiri Hilir. Tumbuh-tumbuhan paya bakau dan nipah menjadi tumbuhan utama pesisir pantai timur Sumatera. Sayup mata memandang keluasan paya ini. Dapat saya bayangkan betapa banyaknya kehidupan akuatik menginap dipaya yang luas ini. Tiada penempatan penduduk di sekitar pesisir pantai kecuali pengusaha-pengusaha ternakan akuatik seperti ketam dan udang. Satu lagi perusahaan yang menyerlah dan kelihatan diusahakan dalam sekala
                                                                                                Aduhai pekan Kuala Tungkal                  

besar ialah penternakkan burung walet. Ini dapat dilihat dengan terdirinya bangunan batu tanpa tingkap. Perjalanan kami menuju ke Kecamatan Timbilahan juga didalam kabupaten Inderagiri Hilir. Menghilir sungai Pelangiran, kami disajikan dengan pemandangan rumah penduduk yang sangat sederhana penampilan hidup masyarakatnya. Penduduk di sini terdiri dari suku Banjar, Bugis, Melayu Minang, jawa dan Batak.Tiada rumah-rumah batu yang besar dan indah seperti yang saya lihat di Kerinci.Keadaan tanah didaerah ini sebahagian besarnya terdiri dari tanah gambut dan sungai-sungai dan parit di sini coklat pekat airnya. Inilah air yang digunakan oleh penduduk saban hari berganti bulan dan berganti tahun. Ada juga pendapat yang mengatakan air ini boleh merawat penyakit luaran tubuh. Wallahualam.


              Saya tidak berkesempatan untuk menjejak lebih jauh kawasan pendalamannya maka tidak banyak yang saya tahun tentang provinsi ini. Saya bersekempatan singgah makan tengahari disebuah perhentian di tebing sungai Pelangiran. Tiada pilihan, Nasi dengan sekor ikan goreng dan sambal bugis itu saja yang ada sebagai mengalas perut yang lapar. Agak sukar bagi saya memanjat tangga jeti untuk ke rumah makan (Kedai makan). Kalau tersalah pijak boleh terjun ke air saya. Nasib baik isteri saya yang lemah lembut orang tidak ikut dalam pengembaraan ini, kalau tidak semasa di Kuala Tungkal lagi dia sudah separuh nyawa ketakutan. Perjalanan
Gambar kenang-kenangan semasa di Karimun, 
                    Kepri, Indonesia

diteruskan lagi ke Pulau Burung untuk menurunkan penumpang, Seperti juga penempatan di tepi sungai dan kuala, tiada apa yang menarik di sini tambahan pula saya hanya melihat dari bot dan tidak memijakan kaki ke daratan bagi melihat pemandangan dan keadaan sebenar yang lebih luas. Keletihan berada di bot dan perjalanan laut dan sungai membuatkan saya terlena dan tersedar apabila Azmi mengejutkan saya apabila bot menghampiri pelabuhan Tanjung Batu. Kami Sampai semula ke Terayun ketika hari hampir senja. Keletihan membuatkan saya dan Azmi sekeluarga tidur awal pada malam itu. Jam 0700 pagi 12 Mac 2014, saya dan Azmi bergerak ke Tanjung Balai dan jam 1100 pagi saya samapai ke jeti antarabangsa Kukup. Lega rasanya bila berada di negara sendiri. Teh Tarek satu pinta saya di restoran mamak. Ucapan terima kasih saya kepada Azmi sekeluarga yang berada di Kg Terayun, Pulau Kundur, Karimun, Kepri dan keluarga Ibu Nursyatimah di Kecamatan Pulau Tengah, Kerinci, Jambi, Indonesia. Jasa baik kalian akan tetap tersimpul erat di sanubari, Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dilain masa bertemu lagi. Inshyallah.

1 ulasan: