Isnin, 16 Jun 2014

KEMBARAA SERUMPUN. SELATAN THAILAND KE PULAU DUA (KAWTHUNG) SELATAN MYANMAR Wilayah-wilayah di Selatan Thailand seperti Pattani, Yala, Songkhla, Narathiwat dan Satun pada asalnya adalah merupakan negeri-negeri di utara yang terletak dibawah penguasaan raja-raja Melayu sebelum di serahkan oleh Inggeris kepada kerajaan Siam pada tahun 1909. Dengan penyerahan tersebut, maka terpisahlah wilayah tersebut dari segi geo politik yang berbeza dan dari hari ke hari wilayah-wilayah tersebut juga penduduk asal semakin berubah wajahnya kepada identiti Thailand (Siam). Setelah lebih seratus tahun wilayah-wilayah ini berada di bawah penguasaan Thailand, landscap wilayah ini yang pada asalnya mengikut acuan pentdbiran kesultanan Melayu dan islam berubah kepada garis panduan politik Thailand raja berpelembagaan yang mana Perdana Menteri adalah ketua Kerajaan dan raja adalah ketua negara. Jabatan kehakiman pula bebas dari cabang-cabang eksekutif dan legislatif. Menjadi golongan minoriti yang mana penduduk melayu dan islam sekadar empat peratus sahaja,penduduk dan wilayah ini seperti di anaktirikan oleh kerajaan pusat dari segi pembangunan, pendidikan, politik dan agama. Sebagai pencari rumpun Melayu yang bertebaran di seluruh nusantara, saya dengan berpandukan sedikit maklumat yang dicapai melalui media maya serta sedikit keyakinan diri telah membuat pengembaraan ke wilayah tersebut walaupun menyedari risiko-risiko yang terpaksa dihadapi kerana wilayah tersebut sentiasa saja pasang surut suhu ketenteramannya akibat dari pergolakan politik dan tuntutan pemisahan dari puak pemisah islam.

                                           Hentian Alor Gajah Sental, tempat bermulanya
                                             pengembaraan ku ke Thailand & Myanmar


26 Dis 2011 - Bermula dari No 232, Jalan Indah 7, Taman Pengkalan Indah, saya ke Alor Gajah Sentral, Melaka. Jam 1100 malam saya menuju ke Butterworth dengan menaiki Bas MARA Express dan tiba di Butterworth jam 0400 pagi. Dari Butterworth menaiki van pelancong menuju ke Hatyai. Van yang dinaiki berhenti di hentian pintu masuk Bukit Kayu Hitam bagi berhenti rehat dan membuat urusan tukaran wang dari ringgit Malaysia ke mata wang Thailand (Bath).  Sempadan Malaysia- Thailand adalah sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand. Sempadan ini dibentuk  pada 1909. Hatyai  merupakan sebuah bandar raya di selatan negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. mempunyai jumlah penduduk seramai hampir 200 ribu orang merupakan bandaraya terbesar di Wilayah Songkla. Tiba di Hatyai Jam 11.30 pagi waktu Thailand. Berehat dan berjalan-jalan di sekitar bandar sambil makan tengahari. Masalah bahasa merupakan masalah utama disini kerana hampir kesemua rakyat Thailand berbahasa Thai kecuali sebilangan orang Melayu yang berbahasa Pattani loghat Kelantan. Hampir semua iklan, papan tanda dan sebagainya dipenuhi dengan tulisan Thailand.  Saya tidak memanjangkan perjalanan yang agak luas di sini kerana cuaca yang agak panas pada tengahari itu. Bandar Hatyai yang terletak di pintu masuk ke wilayah dan daerah lain di Selatan Thailand  memang besar dan sibuk dengan orang ramai yang membuat pelbagai urusan. Ramai orang kata Hatyai adalah syurga bagai lelaki yang mencari keseronokan disini. Entahlah, dalam perancangan pengembaraan saya, saya tidak merancang ke arah itu. Jujur saya katakan saya tidak menemui walau satu pun rumah urut atau pusat pelacuran semasa saya melewati satu persatu wilayah-wilayah di selatan Thailand atau mungkin Allah telah menutup mata saya dari pandangan itu.   Urusan jual beli dan barang-barang di sini agak murah.
       Bandar Hatyai, Pintu masuk ke wilayah 
                    selatan Thailand      


 Jam 2 petang bergerak ke Songkhla dengan menaiki bas awam. Harga tiket 20 Bath dengan jarak perjalanan lebih kurang 40 km. Bandar Songkhla  dahulu di sebut Singgora adalah sebuah bandar di selatan Thailand. Ia juga dikenali sebagai "Kota Singa" khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum perang dunia kedua. Songkla terletak di muara tasik Songkla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Bandar Songkla adalah pelabuhan dan pusat perikanan  yang penting  di Thailand  . Di Songkla bermalam di Guest House dengan harga 200 Bath (rm20). Oklah ada bilik mandi dan tandas serta sebuah TV. Sebelah malam berjalan-jalan sambil mencari makanan islam.  Suasana malam di bandar Songkhla biasa-biasa saja sama seperti bandar kecil di Malaysia. Aktiviti malam bagi penduduknya lebih kepada keluar makan-makan dan membeli belah barang-barang keperluan harian. Kedai dan restoran makanan islam agak kurang berbanding makanan siam di sepanjang jalan yang saya lalui.

                                                   Bandar Songkla (Singgora)

 27 Dis 2011 - Jam 0800 pagi check out dari tempat penginapan dan menaiki bas menuju ke Hatyai. Bersarapan pagi di kedai makan Wan Awee yang menyajikan masakan Melayu Pattani. Senang saja nak cari kedai makan Wan Awee. Ia terletak berhadapan hentian bas Hatyai. Wan Awee juga mudah memberi bantuan untuk mendapatkan hotel penginapan dan penunjuk jalan disekitar Hatyai. Selepas bersarapan, Wan Awee membantu saya mendapatkan mini bas untuk ke bandar Nakhon Sithamarat yang terletak lebih kurang 150 km dari Hatyai. Nakhon Si Thammarat atau nama ringkasnya Nakhon (bahasa Thai) ialah sebuah Wilayah (changwat) yang terletak di selatan Thailand di pantai timur Teluk Thailand. Merupakan bandar kedua terbesar di selatan Thailand. Agak sukar menemui orang-orang dan kedai makan islam di sini. Pakaian seperti seluar jeans pelbagai jenama, tshirt serta kasut banyak terdapat di bandar ini. Ia tak ubah seperti bandar jeans kerana kebanyakan kedai menawarkan barangan yang sama dan berlumba-lumba memperomosi barangan tersebut dengan iklan yang menarik.  Pada pengamatan saya barangan jeans ini bermutu  tinggi walaupun berstatus local. Saya tidak membeli walau sehelai pun samada baju atau seluar dan sampai hari ini saya merasa menyesal pulak. Maklumlah pakaian jeans ini memang tidak boleh lekang dari tubuh saya. Kalau wang lebih saya sanggup membeli lebih sehelai jeans kalau tidak pun saya akan membeli di kedai bundle.  Tidak bermalam disini. Selepas meronda-ronda hampir 2 jam, bergerak ke bas stesyen untuk menuju ke wilayah Shurat Thani.

                Bandar Shurathani    

 Shurat Thani merupakan wilayah yang terbesar di selatan terletak 680 kilometer dari Bangkok. Ia juga dikenali dengan " Kota Rakyat Baik". Bersempadan dengan Teluk Thailand ke utara dan timur. Surat Thani adalah sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang panjang. Arkeolog  percaya bahawa ia pernah  dikuasai puak komuniti  pra sejarah peribumi termasuk Melayu Saemang dan asal yang membina komuniti mereka di Tapee Lembangan Sungai dan Ao Ban Don, Kemudian orang India pula berhijrah ke kawasan tersebut.Sampai ke Shurat Thani terus mendapatkan bilik penginapan kerana hari sudah hampir menjelang senja. Selepas berehat seketika di bilek penginapan, saya keluar merayap di jalan utama yang dipenuhi orang ramai. Tiada kedai makan islam di temui berdekatan tempat penginapan pada malam itu dan sebagai mengalas perut yang lapar, saya memakan makanan ringan sahaja sambil berihat-rihat dibilek penginapan sambil menonton Tv.

           28 Dis 2011 – Jam 0800 pagi check out dari tempat penginapan berdekatan dengan bas stesyen. Terjumpa dengan sebuah kedai makan islam dicelah-celah deretan pasar yang menjual pelbagai barang harian. Peniaga kedai makan tersebut boleh bertutur bahasa melayu loghat Pattani. Apa lagi perut yang lapar terus diisi dengan nasi berlaukan ikan masak singgang dan sayur peria goreng. Menurut peniaga makanan tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Shaifah, orang islam tidak banyak di sini dan mereka menetap dikampong-kampong berdekatan dengan bandar Surat Thani.  Setelah
          Persimpangan ke bandar Ranong

membayar harga makanan dalam jumlah 40 bath, Saya bergerak ke stesyen bas mini untuk bergerak ke Bandar Ranong (Rundung) yang jauh perjalanan lebih kurang 90 km. Tak susah mendapatkan kenderaan sepanjang perjalanan saya di selatan Thailand ini. Cakap saja nak kemana, pasti ada bas mini ke lokasi tersebut. Perjalanannya menepati waktu serta harga atau tambang amat berpatutan. Pada pandangan saya masyarakat Thailand jujur dan tidak mengambil kesempatan pada orang-orang asing yang berada di bumi mereka. Ramah dan bersedia membantu tanpa meminta upah. Perjalanan ke Ranong pada peringkat awal agak lancar dengan melalui lebuhraya yang lebar dan lurus tetapi setelah 40 km perjalanan, kenderaan melencong ke arah barat dan mula melalui jalan-jalan berliku dan berbukit- Menarik pemandangan disepanjang perjalanan ke Ranong ini. Lagu-lagi Thailand sentiasa berkumandang di dalam bas mini yang saya naiki sepanjang perjalanan ini. Jam 2.30 petang, Bas mini yang membawa saya dan lain-lain penumpang berhenti di persimpangan bandar Ranong.

                                                 Sebuah pasar di bandar Ranong

    Untuk ke bandar Ranong saya menaiki kenderaan Tut tut. Jika pada hari ini ditanya kepada pelajar dan sehinggalah kepada rakyat keseluruhannya, kawasan manakah yang dikatakan sebagai semenanjung Tanah Melayu, pasti jawapannya adalah sebelas buah negeri di Semenanjung Malaysia kini. Tetapi yang sebenarnya sempadan semenanjung tanah Melayu  sebenarnya jauh lebih luas, ia itu meliputi daripada pulau Singapura di bahagian Selatan hinggalah ke utara di segenting Kra yang di bawah wilayah negara Thai dan Myanmar pada masa kini.Pada masa dulu semenanjung Tanah Melayu tutur meliputi wilayah Segenting Kra. Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit  satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi  di bawah pemerintahan Raja Thaksin. Raja Thaksin telah menyerang  kerajaan Melayu di negeri Ligor, cahaya, Rundung, Terang Ghairibi, bukit Bedalung dan  Singgora.. Anglo Siamese Treaty, 1909 yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu  kepada dua bahagian. Perjanjian ini di buat tanpa melibatkan perbincangan dengan raja-raja Melayu dan akhirnya wilayah-wilayah di atas tadi menjadi milik Thailand.     Banyak pelancong asing di sini terutama dari negara-negara barat. Saya meronda di sekitar bandar Ranong dengan tujuan mencari tempat berihat dan kedai makan. Banyak orang-orang islam di sini. Ini dapat dipastikan dengan orang perempuan yang bertudung tetapi untuk mendapatkan kedai makan islam disini agak sukar. Saya sempat berkunjung ke sebuah pasar yang agak sibuk. gerai jualan daging khinzir dan lembu bersebelahan dan tiada sekatan" Aduhhh" keluh hati saya. Mungkinkah di Malaysia juga satu hari nanti  akan begini juga jika hak sama rata terlalu dituntut dan ia disokong  pula oleh orang islam itu sendiri.  Hari sudah semakin petang dan saya mendapatkan sebuah bilik di Guest House untuk merehatkan diri dan bermalam. Malam itu aku makan makanan ringan dan air mineral untuk mengalas perut yang kosong. Ronda-ronda di sekitar bandar Ranong menikmati suasana malam sebelum berihat.

        
Pelabuhan  Ranong dan pintu masuk ke Pulau Dua (Myanmar)  


 29 Dis 2011. Jam 8.00 pagi check out dari tempat penginapan. Menaiki kenderaan tut-tut ke imigeresen untuk memasuki Myanmar. Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan terdiri dari 800 buah pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil  ke beratus-ratus kilometer persegi dan  semuanya terletak  di Laut Andaman di pesisir barat  Semenanjung Melayu berhampiran hujung arahnya kehujung arahnya di mana  ianya memasuki baki indocina. Orang Myanmar pernah mengelar  kumpulan etnik  seluruh semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swee atau semenanjung Pashu. Orang Melayu Myanmar adalah keturunan  kumpulan etnik bangsa Austronesia. Sangkaanku untuk memasuki selatan Myanmar dengan mengunakan jalan darat jauh meleset. Untuk memasuki Myanmar, aku terpaksa menaiki bot kayu menyeberangi laut selama 35 minit. Antara berani dan tidak aku gagahi juga hasrat untuk memasuki Mynmar. Tawakal dalam keadaan begitu, kalau ditakdirkan bot karam kerana pukulan ombak atau ditembak oleh tentera Myanmar semasa merentasi sempadan, mati kataklah aku. Dengan muatan seramai 8 orang dan muatan barang-barang yang dibawa, bot kayu yang agak uzur merentasi laut dengan dipandu oleh tekong yang berpengalaman. Memang mereka berpengalaman kerana itulah kerja mereka bertahun-tahun. Apa pun mereka ini amat menghormati pelancong sepertiku. Mereka membantuku sehingga ke pintu imigeresen. Setiap pertanyaan dari pegawai imigeresen, merekalah yang lebih berkomunikasi. 
    Sempadan Thailand
                          
 Selesai mengecop passport, aku bergerak ke pekan yang diberi nama Kawthung. Aduh amat mundur sekali pekan ini. Ia seperti pekan koboi tetapi amat sibuk dengan urusan harian masyarakat di situ. Teksi motor menjadi kenderaan pengangkutan utama di sini. Aku disapa oleh seorang pemuda  dalam bahasa Melayu agak pelat dan bahasa Inggeris yang lancar. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Sadam dan beragama
                                                                                                                                  
                                                                                                                                 
islam, dia menawarkan khidmat untuk menjadi pemandu ku semasa aku  
  berada di Kawthung. Pengembaraanku di selatan Myanmar bermula bersama Sadam. Tempat utama yang ku tuju bersama Sadam ialah kedai makan islam. Adalah sebiji dua kedai makan yang diusahakan oleh orang islam. Alahai, semuanya berasaskan kari. Tak ada selera makan tapi kena paksa juga. Majoriti penduduk kawthung terdiri dari etnik Thai yang beragama islam dan buddha, Bamar dan etnik-etnik minoriti yang lain  seperti Shan, Karen dan Mon. orang Salone (moken), Gipsi Laut dan Melayu. Cina Burma dan India Burma  yang berpindah ke Kawthung  semasa era penjajahan untuk melombong bijih timah dan industri lain juga mendiami Kawthung. Jumlah penduduk Kawthung 100.000 jiwa dan ramai dari mereka antaranya orang Melayu yang berhijrah ke  negeri-negeri utara Malaysia bagi mencari kehidupan yang lebih baik.

      Mengharungi badai lautan sebelum sampai ke Pulau Dua, Myanmar                                
                   

Orang islam di Kawthung kebanyakan dari suku kaum Melayu (Pashu) yang ketinggalan dari berbagai sudut  kehidupan. Orang-orang Burma jati pun begitu juga, hidup dalam keadaan ala kadar saja. Pekerjaan utama disini ialah nelayan. Tiada sebuah pun kereta atau lori yang ku temui di pekan ini. Motorsikal merupakan kenderaan utama. Setelah puas meronda melihat suasa sekitar pekan itu bersama sadam, aku menyewa sebuah hotel dengan bayaran 600 Bath untuk berihat. Ada aircon rosak, ada tv rosak. Kipas silinglah yang   membantu mengurangkan hawa panas dan bau kurang enak di bilik hotel itu.  Pada sebelah petang Sadam membawaku ke rumahnya untuk memperkenalkan aku  dengan keluarganya. Amat sederhana sekali kehidupan keluarga Sadam. Mempunyai sebuah rumah kayu berlantaikan simen berkeluasan lebih kurang 15 kaki ke 18 kaki persegi , di situlah keluarga Sadam membina kehidupan. Keadaan ini dapat juga dilihat pada jiran-jiran Sadam di perkampungan Melayu yang agak padat itu. Tiada identiti Melayu yang dapat dilihat di sini. Rumah, adat dan kebudayaan Melayu di kawasan ini seakan tiada. Wajah-wajah etnik Melayu seakan kacukan India dan Bangladesh. Walaupun Kawthung ini asalnya dikuasai oleh kerajaan dan kesultanan Melayu tetapi keujudan tamadun Melayu itu seakan pupus.  Rumah-rumah ibadat  budha lebih terserlah berbanding dengan hanya sebuah masjid yang agak uzur dan kusam.   Sebelah malam dengan dibantu oleh Sadam, aku meronda lagi dengan mengunjungi kelab malam dan karoke. Inilah tempat menghilangkan strees dan berhibur bagi penduduk di Kawthung.

                                                              Sadam dan kakaknya

 Oklah terhibur juga dengan lagu-lagu Myanmar dan Inggeris yang dinyanyikan oleh wanita Myanmar yang agak menarik penampilannya. Lagu Casablanca dinyanyikan oleh penyanyi wanitanya seperti tiada cacat cela.  Penyanyi yang fasih berbahasa Inggeris harganya agak mahal kalau mahu dijadikan teman tidur, jelas Sadam. Saya hanya senyum saja mendengar penjelasan Sadam.  Dengan layanan dan hormat yang begitu tinggi pekerja kelab malam dan karoke terhadap pelancong, rasa takut dan was-was ku disini berkurangan. Jam 12.00 malam aku balek ke hotel penginapan untuk berihat. Sekali lagi keselesaanku terganggu. Nyamuk dan ketiadaan selimut amat menggangu tidur ku sehingga ke pagi.

                        30 Dis 2011 - Jam 0800 pagi check out dari hotel dan bersarapan diwarung bersama Sadam. Jasa baik Sadam membantuku, ku bayar dengan sebuah handphone  terpakai milik ku dan 300 bath.    Setelah selesai urusan di imigresen, aku mendapatkan bot untuk bergerak balek ke Ranong. Ombak agak kuat pada pagi itu. Aku banyak berzikir dan berdoa semoga perjalananku selamat sehingga ke Ranong. Setelah urusan memasuki Thailand selesai, aku mendapatkan teksi motor untuk membawaku ke perhentian bas. Aku terus mendapatkan sebuah bas ekspress 2 tingkat untuk ke Hatyai. Perjalanan ke Hatyai memakan masa 10 jam. Tingkat bawah bas tidak disediakan kusyin seperti ditingkat atas. Ia hanya sebuah bangku lebar dan panjang separuh bas. Bangku tersebut dimuatkan hampir 20 orang penumpang termasuk kanak-kanak. Bayangkan selama 10 Jam disini. Amat menyiksakan. Apa boleh buat, ditempat orang ikut ajelah. perjalanan selama 10 jam berakhir di kota Hatyai pada jam 0800 malam. Aku lantas mencari makan terlebih dulu sebelum mendapatkan tempat penginapan. Setelah mengisi perut dengan makanan sup Bakso disebuah warung tepi jalan yang sibuk, aku meronda pula di pasar malam yang sangat besar dan sibuk. Barang-barang pakaian dan akoseri diri terlalu banyak disini. Pengunjung islam dan bukan ku rasa sama banyak disini. Aku sempat membeli 2 pasang seluar jeans jenama Levis sebelum beredar dan mendapatkan bilik hotel untuk menginap pada malam itu. Istirihatku agak selesa pada malam itu dengan bilik sewaan sebanyak 700 bath. Dilengkapi aircond. Peti ais yang dilengkapi minuman dan sedikit buah-buahan.

                Terpenjara dalam bas 2 tingkat selama 8 jam dalam perjalanan dari Ranong ke Hatyai 

                 01 Jan 2012 - Check out pada jam 0800 pagi dan bersarapan di restoran Wan Awee dan seterusnya mendapatkan bas awam menuju wilayah Pattani.  Sejarah awal Kerajaan Melayu Pattani masih lagi diselimuti  kekaburan. Dalam cacatan sejarah tidak dapat dipastikan asal usul atau tarikh sebenar kerajaan Melayu Pattani didirikan. Mengikut catatan pelawat-pelawat cina yang membuat perhubungan dengan negera asia tenggara pada abad kedua masehi sebuah negeri bernama "Lang ya shiu" atau Langkasuka sudah pun ujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Singgora dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Pattani. Pattani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke 8 masehi kerana teluk Langkasuka sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh an berlindung daripada ribut tengkujuh. Paul Wheatly menjelaskan bahaswa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu langkasuka wujud sehingga menjelang abad ketiga belas dan diganti oleh kerajaan Melayu Pattani. Persaolan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Pattani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang catatan sejarah yang jelas mengenainya.

                                                      Bandar Pattani


 Ada pendapat yang mengatakan Pattani telah ditubuhkan sekitar pertengahan  abad ke 14 dan 15. Pendapat mereka berasaskan kepada tulisan Tom Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho. Agama islam juga telah membawa angin perubahan yang bermakna   kepada Pattani. Seorang pelawat Pertugis telah menulis dalam tahun 1613 bawa islam telah bertapak di Pattani lebih awal dari Melaka.  Apa yang mendukacitakan, wilayah yang subur ini menjadi wilayah yang bergolak yang menjadi perebutan antara pemerintah dan pejuang Melayu dan boleh dikatakan setiap hari ada sahaja mangsa yang cedera samada di kalangan orang awam , puak pemisah dan pihak tentera.  Hal ini menjadi semakin parah  dan terlalu sukar untuk diubati. Kes kecurian senjata api di kem tentera dimana pihak pemerintah menuduh pejuang islam mencurinya membuka ruang kepada tentera memasuki wilayah itu dengan kekuatan yang ada menahan dan membunuh dengan kejam pejuang-pejuang muda yang menuntut sebuah wilayah merdeka atau autonomi dan hak sama rata samada disegi ekonomi, pendidikan dan pelbagai lagi seperti yang dinikmati oleh majoriti buddha Thailand.     Perjalanan ke Patanni memakan masa lebih kurang 3 jam. Sebagai wilayah bergolak,  sekatan jalanraya oleh pihak tentera merupakan perkara biasa. Risau juga kalau bagasi dicek. Allhamdulilah sehingga sampai ke Bandar Pattani tiada perkara-perkara yang menggangu ku berlaku. Berada di wilayah Pattani seperti kita berada di negeri Kelantan. Terlalu banyak persamaan di antara Kelantan dan Pattani. Dari segi loghat percakapan , budaya dan agama berjalan seiring begitu juga dengan pembangunan ekonomi yang dipacu oleh masyarakat islam Pattani. Bandar Pattani tidak dibangun dengan banggunan tinggi mencakar langit oleh kerajaan pusat tetapi ia membangun dengan sejarah keagungan islam dan pemerintah oleh kesultanan Melayu Petani. Orang –orang Melayu Petani hari ini membangungkan Pattani dengan kekuatan perpaduan ummah dan tidak pula menolak akan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan pusat dibangkok kecuali sebilangan kecil yang berkehendakkan pemerintah sendiri dan melawan arus. . Apa pun wilayah –wilayah di selatan seperti Pattani, Yala dan Narathiwat berisiko tinggi untuk dikunjungi. Ini adalah disebabkan wilayah bergolak ini sentiasa saja berlaku keganasan seperti letupan bom atau tembakan senjata api dari penyerang yang tidak dikenali.

                                    Gambar atas : Perigi Hang Tuah. Tengah. Masjid Pattani.
                                              Bawah bekas istana sultan/raja Pattani 
                            

 Ketibaan ku ke bandar Pattani di sambut dengan rasa syukur dan  kegembiraan . Aku telah dipertemukan dengan saudara seagama yang begitu telus menerima kedatanganku. Dengan saudara Hassan (hp 0066869594539) yang bekerja sebagai pemandu teksi motor, aku dibawa ke serata tempat menarik seperti mengelilingi Bandar Pattani, Masjid Kerisik, Bekas istana lama kesultanan Petani, Perigi Hang Tuah dan perkampungan orang Melayu Pattani. Hassan banyak membantuku. Terlalu tinggi budi yang Hassan berikan kepadaku tanpa mengambil apa-apa upah walaupun aku berniat ikhlas untuk memberi. Waktu tengahari perutku ku isi dengan makanan tomyam yang menyelerakan. Hujan yang berterusan pada sebelah petang membantutkan rancanganku untuk pergi kebeberapa tempat yang dicadangkan oleh Hassan. Memandangkan pergerakan yang terbatas kerana hujan, aku dengan dibantu oleh Hassan mengambil sebuah bilek penginapan ditengah-tengah bandar Pattani. Hassan meneruskan kerjanya sebagai pemandu manakala aku berehat dan tidur di bilik penginapan. Suasana malam di Bandar Pattani tidaklah sesibuk bandar Hatyai. Kedai-kedai makan menghiasi keindahan malam di Pattani. Sekali lagi aku makan nasi berlauk tomyam bersama-sama Hassan. Setelah puas menikmati suasana malam sambil berbual-bual mengenai suasana semasa dunia, aku kembali ke hotel untuk berihat.

                                                                 Masjid Pattani

 02 Jan 2012 – Hassan telah berada di pintu bilik penginapan sementara aku bersiap-siap untuk bersarapan. Setelah selesai bersarapan dan membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang, aku dalam suasana pilu bersalaman dengan Hassan dan seterusnya menaiki bas untuk bergerak ke Yala. Yala adalah wilayah paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah  yang berdekatan adalah Songkhla, Pattani dan Narathiwat, Yala juga bersempadan dengan negeri Perak, Malaysia dibahagian selatan. Yala juga dipangil Jolor oleh Melayu Pattani yang berada di bawah penggaruh kerajaan Ayuthaya dan kemudian Sukhothai.  Yala dan Narathiwat ditadbir secara berasingan dan di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Pattani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Wilayah ini pada asalnya merupakan bandar yang giat dalam perlombongan bijih timah dan Tungsten. Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand. Kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam  dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an. Penduduk disini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai. Pada 26 Okt 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas akibat dimasukkan  ke dalam truk polis secara bertindih-tindih  kerana di tangkap atas tuduhan melakukan rusuhan dan peristiwa ini dikenali dengan peristiwa Takbai.  Saya tidak bermalam di Yala. Masa selama 2 jam saya habiskan untuk bersiar-siar sahaja di kaki lima deretan kedai berhampiran stesyen bas. Bandar Yala lebih kecil dari Pattani. Pembangunan dan ekonominya serupa Pattani dan ia dipacu oleh penduduk setempat.  Cuaca yang semakin redup membuatkan saya cepat menaiki bas untuk bergerak ke Narathiwat.
                                                  Perempuan Melayu Pulau Dua
                     

 Narathiwat merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk beragama islam. Hampir 82%   penduduknya beragama islam dan selebihnya etnik Thai yang beragama buddha.  Narathiwat bererti(" kediaman orang-orang budiman")  Orang-orang islam berbangsa Melayu dan bertutur  dalam bahasa Melayu loghat Pattani. Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Narathiwat disebabkan dasar-dasar kerajaan pusat yang lebih menekan orang-orang islam dan menidakkan aspirasi, cita-cita, impian dan harapan dan dalam masa yang sama pula  memberi kelebihan pelbagai kepada minoriti etnik Thai di selatan negara itu. Saya juga tidak lama di sini.  Setelah melihat budaya yang serupa seperti  Pattani dan Yala, tambahan pula hujan mula turun saya terus mendapatkan sebuah van pelancung untuk kepekan sungai kolok, di sungai kolok  saya terus meronda melihat suasana perniagaan yang pelbagai disitu. Tak ada apa-apa pun yang ku beli dipekan tersebut. Bag sandangku sudah semakin padat semasa di Pattani lagi. Puas meronda dan berjalan hampir dua jam aku mendapatkan sebuah teksi motor untuk ke imigresen sungai Kolok dan seterusnya ke Rantau Panjang, Kelantan. Di Rantau Panjang aku menaiki bas menuju ke Kota Bharu. Jam 0830 malam  menaiki bas menuju ke Bandar Alor Gajah dan seterusnya mengakhiri pengembaraanku hampir 8 hari dibumi orang."

Khamis, 5 Jun 2014

Kembara 4 provinsi bahagian akhir.

SEJAMBAK BUDI SUKAR DITUKAR GANTI 09 Mac 2014 bumi Kerinci ku tatap sepuas-puasnya. Wajah ibu Nursyatimah, anak-anak serta cucu-cucunya yang berkunjung sejak petang tadi sayu wajahnya seakan tidak merelakan kami pergi. Danau Kerinci juga tidak berkocak airnya. Kota Sungai Penuh yang ku kunjungi pada sebelah pagi buat kali terakhir begitu redup sekali dan sesekali titik-titik gerimis berjatuhan ke tubuhku seakan meratapi pemergianku. Bilakah dapat ku tatapi lagi bumi ini buat kali yang seterusnya, entahlah. Sebagai pengembara walaupun kenangan sesuatu tempat itu begitu kuat menguasai memori pemikiran, aku perlu ada kekuatan untuk melawannya. Aku harus mengembara dan terus mengembara samada pengembaraan ini berupa mencari diri atau meluaskan pengalaman hidup sehingga aku sampai ke titik noktahnya. Pengembaraan ke 4 provinsi di Indonesia ini merupakan pengembaraan yang terpanjang dan padat dengan simpanan memori yang akan disimpan sebagai kenang-kenangan. Pengembaraan ke Indonesia juga menambahkan lagi kematangan aku berfikir dan bermuhasabah diri betapa besarnya kurniaan Allah s.w.t kepada hamba-hambanya. Dalam satu rumpun bangsa mereka ini diagih-agihkan darjat dan kedudukannya. Yang kaya menghulur kepada yang tidak berkemampuan manakala yang miskin pula berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan itu. Pengembaraan ini juga banyak mengajar aku tentang kehidupan, menginsafi diri betapa hidup ini kita perlu bersyukur dan berterima kasih dengan sebanyak-banyaknya kepada sang pencipta. Banyak jurang perbezaan yang dapat dibandingkan antara dua negara dan bangsa serumpun. Di Malaysia saya lihat rakyatnya memiliki apa yang mereka mahu hasil dari limpahan kemakmuran dan keamanan negaranya, dan Indonesia pula kerana ramainya rakyat, banyaknya pulau dan provinsi, maka agihan kekayaan tidak dapat diagih secara rata dan rakyat terpaksa berjuang dan berusaha semahunya untuk terus hidup. Yang berjaya terus kedepan yang gagal dan berpeluk tubuh menjadi gelandangan. Mungkin ada yang merasa kecewa dan merasakan penulisan saya ini tidak adil, tetapi saya tidak boleh berbohong dan menyembunyikan kenyaaan. Berani saya katakan bahawa dalam konteks bangsa dan negara serumpun, Malaysia memang lebih terkedepan dari jiran serumpunnya Indonesia. Contoh yang paling nyata dan tidak boleh disembunyikan dengan berbondongnya rakyat Indonesia datang secara mengikut lunas undang-undang atau tidak ke Malaysia dan sehingga kini mencecah 3 juta orang.

          Bot yang kami naiki untuk kembali ke                                           Karimun dari Jambi
                        


  Jam 0730 malam setelah bersalam salaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga ibu Nufrsyatimah, kami meninggalkan keluarga besar itu dengan sebuah van travel yang diberi nama famili Kerinci menuju ke Jambi dan tiba ke ibu kota yang masih lengang lagi pagi itu jam 6 pagi. Di hentian loked Jambi, kami menaiki sebuah lagi kenderaan henti-henti untuk ke Kuala Tungkal yang memakan  
                                                                                                                  Azmi & Arul

masa 3 jam untuk tiba. Di Kuala Tungkal kami dimaklumkan tiada feri ke Tanjung Batu pada hari itu. Makluman tersebut membuatkan saya berfikir wajarkah kami bermalam di sini untuk mendapatkan feri pada hari esok. Cutiku akan berakhir pada 11 Mac dan pada 12 hb, aku harus berada di pejabat. Kemampuan dan ketegasan Yanti dalam usaha mendapatkan pengangkutan air untuk sampai ke Tanjung Batu amat saya kagumi. Sementara menunggu Yanti mengusahakan urusan tersebut, saya dan Azmi mencari makanan untuk bersarapan. Perut sudah berkeroncong. Puas juga meronda dan mencari kedai makan di sekitar kawasan berdekatan jeti tapi hampa, tidak banyak kedai makan atau warung kelihatan. Sebuah kedai makan yang terpaksa juga ku singahi agak kusam dan uzur wajahnya. Makanan mee rebus yang berupa mee segera yang dituang air panas tanpa rencah serta secawan kopi serbuk tidak bertapis terpaksa juga ku telan dek sudah kelaparan. Itu saja yang ada. Aku tidak boleh bermanja-manja tentang makan seperti di Malaysia.
     Penulis sedang menghilir sungai Pelangiran
                          
 Lega bila Yanti mengatakan ada pengangkutan air untuk ke Tanjung Batu pada hari itu. Jam 11 pagi kami dibawa ke sebuah jeti yang uzur tetapi terlalu padat dengan manusia. Aku terpaksa berjalan dengan berhati-hati di jeti yang berlubang dan reput lantainya menuju ke bot yang sedia membawa kami ke distinasi. Skruktur binaan bot tersebut yang akan membawa 15 orang itu agak mantap tetapi agak berderau darahku bila dimaklumkan tiada pelampung keselamatan (life Jacket) disediakan. Mahu saja saya membatalkan pergerakan balek      
                                                                                        Sungai Pelangiran yang coklat pekat airnya
                                                      
 Gerai makan di tebing sungai Pelangiran                                                

                                                  Pelabuhan Sungai Burung, Riau
                                                
kalau dengan keadaan keselamatan tidak terjamin. Bermacam-macam persoalan bermain di pemikiranku. Kalaulah bot dinaiki ini karam dilambung ombak di tengah laut, pasti mati katak kami. Azmi berkata kepada ku " kalau mahu merasa denyut nadi rakyat beginilah pak". ya benar, tapi jangan pertaruhkan nyawa demi kelangsungan hidup. Saya cuba memujuk hati dan diri. Nampaknya pergerakan ku ke Tanjung Batu terpaksa diteruskan juga. Wajah ibu, isteri dan anak cucu ku bayangkan sepuasnya di memori pemikiran. Tiada pilihan, untuk menangguh pergerakkan pada keesokan harinya tak  mungkin. Tepat jam 12 tengahari, bot yang kami naiki meluncur laju membelah laut selat Melaka meninggalkan jeti rakyat Kuala Tungkal. Satu lagi keputusan silap yang saya buat semasa berada di atas bot yang saya naiki, Ajakan Azmi untuk duduk dibumbung bot bagi mendapatkan pemandangan lebih luas disambut tanpa berfikir panjang. Selain panas cahaya matahari, saya boleh tercampak ke laut jika bot dihempas ombak dengan kuat. Begitu juga jika bot membuat pusingan U dengan laju kerana berada di bumbung bot tersebut, saya tiada tempat berpegang.

                   Gementar saya ketika itu sehinggalah saya dapat menenang diri dalam tempoh masa 45 minit. Bot yang meluncur laju semakin menghampiri daratan di Kuala Inok di Kabupaten Inderagiri Hilir. Tumbuh-tumbuhan paya bakau dan nipah menjadi tumbuhan utama pesisir pantai timur Sumatera. Sayup mata memandang keluasan paya ini. Dapat saya bayangkan betapa banyaknya kehidupan akuatik menginap dipaya yang luas ini. Tiada penempatan penduduk di sekitar pesisir pantai kecuali pengusaha-pengusaha ternakan akuatik seperti ketam dan udang. Satu lagi perusahaan yang menyerlah dan kelihatan diusahakan dalam sekala
                                                                                                Aduhai pekan Kuala Tungkal                  

besar ialah penternakkan burung walet. Ini dapat dilihat dengan terdirinya bangunan batu tanpa tingkap. Perjalanan kami menuju ke Kecamatan Timbilahan juga didalam kabupaten Inderagiri Hilir. Menghilir sungai Pelangiran, kami disajikan dengan pemandangan rumah penduduk yang sangat sederhana penampilan hidup masyarakatnya. Penduduk di sini terdiri dari suku Banjar, Bugis, Melayu Minang, jawa dan Batak.Tiada rumah-rumah batu yang besar dan indah seperti yang saya lihat di Kerinci.Keadaan tanah didaerah ini sebahagian besarnya terdiri dari tanah gambut dan sungai-sungai dan parit di sini coklat pekat airnya. Inilah air yang digunakan oleh penduduk saban hari berganti bulan dan berganti tahun. Ada juga pendapat yang mengatakan air ini boleh merawat penyakit luaran tubuh. Wallahualam.


              Saya tidak berkesempatan untuk menjejak lebih jauh kawasan pendalamannya maka tidak banyak yang saya tahun tentang provinsi ini. Saya bersekempatan singgah makan tengahari disebuah perhentian di tebing sungai Pelangiran. Tiada pilihan, Nasi dengan sekor ikan goreng dan sambal bugis itu saja yang ada sebagai mengalas perut yang lapar. Agak sukar bagi saya memanjat tangga jeti untuk ke rumah makan (Kedai makan). Kalau tersalah pijak boleh terjun ke air saya. Nasib baik isteri saya yang lemah lembut orang tidak ikut dalam pengembaraan ini, kalau tidak semasa di Kuala Tungkal lagi dia sudah separuh nyawa ketakutan. Perjalanan
Gambar kenang-kenangan semasa di Karimun, 
                    Kepri, Indonesia

diteruskan lagi ke Pulau Burung untuk menurunkan penumpang, Seperti juga penempatan di tepi sungai dan kuala, tiada apa yang menarik di sini tambahan pula saya hanya melihat dari bot dan tidak memijakan kaki ke daratan bagi melihat pemandangan dan keadaan sebenar yang lebih luas. Keletihan berada di bot dan perjalanan laut dan sungai membuatkan saya terlena dan tersedar apabila Azmi mengejutkan saya apabila bot menghampiri pelabuhan Tanjung Batu. Kami Sampai semula ke Terayun ketika hari hampir senja. Keletihan membuatkan saya dan Azmi sekeluarga tidur awal pada malam itu. Jam 0700 pagi 12 Mac 2014, saya dan Azmi bergerak ke Tanjung Balai dan jam 1100 pagi saya samapai ke jeti antarabangsa Kukup. Lega rasanya bila berada di negara sendiri. Teh Tarek satu pinta saya di restoran mamak. Ucapan terima kasih saya kepada Azmi sekeluarga yang berada di Kg Terayun, Pulau Kundur, Karimun, Kepri dan keluarga Ibu Nursyatimah di Kecamatan Pulau Tengah, Kerinci, Jambi, Indonesia. Jasa baik kalian akan tetap tersimpul erat di sanubari, Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dilain masa bertemu lagi. Inshyallah.